Thursday, 16 August 2012

Syawalku satu ketika dahulu ...

Umm tahun ni nak beli baju kurung kedah la satu untuk 'dia'...
tak sabarnya nak puasa kat kampung..
pagi-pagi da bunyi cengkerik, sejuknye la udara kampung
tahun ni dah nak pegi belajar jauh
kalau dapat masuk maktab nanti mesti 'dia' bangga (:
tak sabar pulak rasa..
nanti puasa mesti rindu dengan pekasam peti ais usang tu..
huu air tangan ikan pekasam 'dia' tak sama macam yang org jual kat pasar malam
kalau balik kampung mesti sedang-sedang elok je pekasamnye tu nak goreng
dapat pulak ikan sungai kecik2 tu goreng smpai garing..
perghh memang meleleh makan dengan nasik sejuk pun tak pe..huu
tulah meriahnya waktu 'dia' ada.
cucu-cucu anak menantu balik semua pulun je makan.semua jadi sedap.ajaib kan ? :) huu

atas meja kayu usang sejak zaman rumah tepi sungai tu kami bermanja dengan 'dia'
ajak merasa itu dan ini. tambah lagi kakak-kakak aku tu
semua memang tak menang tangan
kalau balik rumah 'dia' masak macam-macam. dah jadi satu keseronokan bagi kami :)
gian bak kata orang tua...
huu nak buat macam mana dapur tu mak dah 'treat' jadi sebahagian hidup kami.
mana tak nya anak mak semua enam puteri. 3 da jadi mak dara 3 lagi kosong :P

semua tu dalam fikiran aku waktu berteleku di sisi 'dia'
perit rasa hati lihat dia tanggung seksa macam ni
biarlah mungkin aku cuba untuk jadi orang yang tenangkan jiwa dia
aku tahu aku tak pernah rasa sakitnya macam mana
tapi aku jugak tak pernah dengar sekelumit keluhan dari bibir tuanya
dah 3 bulan 'dia' macam ni...

tapi hati degil aku selalu kata raya nanti mesti 'dia' dah sihat
aku tak percaya cakap doktor
kan 'dia' nak tengok Ikah ni jadi cikgu :)
kan 'dia' nak dengar hari-hari Ikah tanya, 'Harini nak makan ape?'
kan aku pun nak tengok 'dia' minum air bandung feveret aku
dengan donut big apple yang tak pernah seumur hidup dia rasa
sambil santai tengok sinetron indon.
tudung 'instant' pulak da memang sebati tersarung kat kepala.
haha sumpah memang aku ada gaya bibik masa tu.

itu yang tersemat erat dalam hati. 'dia' lah penyeri hari bila mata terbuka.
aku mesti jaga dia sebaik mungkin selagi ada daya.
aku tak kisah janji 'dia' suka. walaupun aku suka buat lawak entah ape-ape -,-
aku rela je jadi boneka pengubat jiwa 'dia'. sebab 'dia' kesayangan hati ni.
depan 'dia' tak setitis air mata aku alirkan. sebab aku tak nak 'dia' tahu aku sengsara
tapi di setiap hening malam dan kadang-kadang ketika tanpa sedar
aku berlari di sebalik tirai-tirai pintu hospital menangis sendu.
Pada kakak ku yang ketiga banyak aku mengadu bertanya itu ini.
rawan hati ni masa tu kalau 'si dia' dibawa pergi.

Soalan yang sentiasa bermain di minda tapi tak sanggup diluah dengan kata-kata :

Sempat tak lagi esok Ikah tengok muka 'dia'?
Sempatkah lagi ke Ramadhan dan Syawal bersama 'dia' ?
Sempatkah lagi Ikah 'dia' ni mengucup tangan memohon kemaafan ?
Sempatkah aku hadiahkan kurung kedah merah jambu itu untuknya ?
Sempatkah lagi aku merasa teruja gila
jerit-jerit panggil nama 'dia' bila kaki jejak ke tanah rumah kampung jingga itu ?
Sempat tak lagi kacau dodol warisan keluarga kami bila raya menjelang tiba nanti ?

Resipi 'dodol' dia memang terbaik taw, memang tak jumpa yang serupa macam tu :)
Aku bangga sebab punya insan kesayangan macam 'dia'
yang kaya dengan air tangan resipi dulu kala yang susah dah nak jumpa.
Sebenarnya resipi itu kaya dengan ikhlas dan sayang di jiwa 'dia'. sebab tu sedap tak terkira :)

Sungguh hati aku sangat rindu 'dia' yang akan tunggu kami di muka pintu
dengan senyuman tanpa sebaris gigi lagi gembira melihat keletah cucu cicit berlari sana sini.
Yang besar dengan cerita kedewasaan mereka dan yang kecik dengan telatah manja :)

Sungguh aku rindu bait ayat ini,
"Masuklah, buatlah air, ade biskut ke kuih ke kat dapur tu makanlah"
Kadang-kadang sampai tak makan 'dia' bahagia sangat agaknya
lihat keluarga bersatu makan bersama gelak ketawa mendengar cerita orang-orang tua.

Sungguh aku rindu 'dia' yang berbaju kurung kedah dan berkain batik.
Style yang tak pernah update dek zaman tapi paling comel di mataku :)
Di mata kami cucu-cucunya.
Di mata anak-anaknya merangkap ibu dan ayah sedaraku.
Di mata mak aku yang akan jahitkan baju.

Sungguh aku rindu pada 'dia' yang satu-satunya insan dalam sepanjang hidup
aku lihat menyimpan duit di hujung di hujung lipatan selendangnya.
'Dia' tak pernah lokek dengan wang walau tanpa dipinta walau kami menolak

Sungguh aku rindu pada 'dia' satu-satunya nenek yang aku gelar 'Wan'
Atok pulak gelaran manjanya 'Aki' ..
Tahun ni aku bakal merindui dodol arwah Hajah Esah dan lemang Tuan Midun.

Ya. sekarang aku sudah tiada 'dia'.
Setahun rupanya sudah berlalu. sekejap sangat rasanya masa.
3 hari lagi dah nak Aidilfitri.
Kali kedua tanpa dia di sisi lagi melayani kami.


Inilah 'dia' 



Tapi alhamdulillah Allah tak lahirkan rasa kecewa dalam jiwa 
Allah tak lahirkan rasa terkilan pada kami sebab tak hargai 'dia'
Mungkin kalau dikira jangka waktu tak pernah cukup rasanya 
Bakti kami untuk 'dia'

Tapi...aku sentiasa mendoakan yang 'dia' bahagia di sana 
bersama orang-orang yang bertakwa. amin :)

Itulah Syawal yang amat aku rindui satu ketika dahulu
Wan, sekarang Ikah dah nak jadi cikgu :)
Wan mesti bangga sebab Nana pun da jadi staffnurse macam Ode !
Cicit Wan, Amina Zahra dengan Asma Huda comel sangat,
anak Along dengan Angah yang Wan tak sempat lihat
Bila diorang da besar sikit nanti mesti diorang akan tahu
yang diorang ni pernah ada moyang yang penyayang sangat :)

walaupun Wan dah tak da di sisi tapi sentiasa hidup dalam hati Ikah ni.
Wan sentiasa hidup dalam hati-hati kami yang sentiasa merindui.
Al - Fatihah 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini.
Ampun maaf atas segala kekurangan diri.
Ini kisah realiti, 
hargailah insan yang anda sayangi sepenuh hati
sebelum 'dia' dibawa pergi menghadap Ilahi 

No comments:

Post a Comment