Friday 10 August 2012

kisah budak susu


Assalamualaikum :)
Ya Allah penat rasanye bile buat keje giler
haha tetttt -,-


kenapa budak susu ? 




















manusia ni tak sempurna. aku pun same -,-
kadang-kadang baik kadang-kadang tak.  
tapi at least kena mencuba !


aku berpegang kepada percaya bahawa setiap ujian ada hikmahnya
hikmah ? yup (:
hikmah tu mungkin tak datang hari ini esok lusa atau masa terdekat
selagi kita bersabar dan berbaik sangka pasti yg baik juga balasannya



diuji memang sakit.tapi apalah sangat 
jika nak dibanding dengan orang lain yg jauh lebih teruk dari kita kan
lihat lihat dan lihat sekeliling
jangan lihat dalam diri kita sahaja
percaya percaya percaya 
Allah tak kan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


sebab :
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari
Dia datangkan petir dan kilat 
Kita tertanya-tanya dan berduka 
Ke mana hilangnya mentari yang menyinari hari
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi selepas gerimis berlalu pergi :)

Itulah pentingnya berbaik sangka kan ?


kemanisan gembira selalunya didahului dengan peritnya derita 
aku akan terus cuba untuk tidak kecewa dengan perkara sia-sia
sebab aku cuma insan biasa yang sentiasa ingin mencuba

 try & error ? >.< 




























budak susu maksud aku adalah budak manja tak boleh jauh dengan keluarga
bagi aku, aku tak mahu lagi jadi budak susu
Adik aku suka panggil aku cengeng sebenarnya 
mungkin barang kali sebab masa baby aku paling lama  menyusu :P

tapi bagi aku kadang kala air mata itu terapi untuk sedar diri
hanya diri kau yang mampu memotivasikan hati sendiri
orang lain di sekeliling hanya menambah perisa penyedap jiwa
tapi yang menentukan siapa kau adalah diri kau sendiri
jangan biarkan kau dijajah mentaliti


sebab bagi aku wanita perlu ada prinsip peribadi
aku cuba sebab aku tak sempurna
tapi sebenarnya aku mampu berdiri hari ini bukan hanya sebab diri sendiri
sebab aku ada kau, mereka mereka dan mereka
yang sentiasa support aku itu dan ini
terima kasih sebab percaya aku mampu berdiri atas kaki sendiri (:
TQ. i love u guys for the memory in my life. 










inspired doodles from : dari sini ke bintang bintang :)

No comments:

Post a Comment